Friday, November 20, 2015

Memory in Medan Indonesia - Beautiful Views and Places

Hello there,

Bagi orang yang tak selalu melancong macam aku ni, kalau dapat tengok pemandangan di negara lain pun dah kira menarik dah bagi aku.

Masa di Medan selama seminggu, kami travel ke Onarunggu, Parapat dan Danau Toba. Jadi banyak lah juga pemandangan yang cantik dan menarik dapat dilihat sepanjang kami di sana.

Yang paling aku tak boleh lupa sangat ialah masa di Danau Toba (Tomok). Bayangkan lah kan, korang mandi manda dengan pemandangan macam ni..

DANAU TOBA (TOMOK)

DANU TOBA (TOMOK)

DANU TOBA (TOMOK)

Aduhai, rasa macam nak pergi lagi ke Danau Toba ni. The view is too breathtaking ! Seriously, mandi dalam air tasik yang sejuk sambil tuh enjoy all these views, the memory is still vivid in my head right now. Rasa tak sia-sia duduk dalam kereta selama 3 hours nak datang sini. Kalau datang Medan, you guys should include this place in the schedule. Highly recommended :))

FYI, nak ke Tomok kena naik fery. So kalau drive ke sini, kereta boleh bawak sekali naik feri ke Tomok. Seingat aku perjalanan menaiki feri mengambil masa selama sejam.

DANU TOBA (TOMOK)
While waiting for the ferry to arrive

DANU TOBA (TOMOK)
Dalam ferry masa ni, can see all the cars parked there.
Excited lebih, tak pernah naik feri..haha

Lepas dah siap mandi manda semua, nak balik tuh boleh lah singgah beli souvenirs. Kena pandai tawar menawar ya kengkawan. Dalam group kami, kakak ipar aku memang expert hal bargain barang ni. Kalau tengok dia tawar menawar, macam dia je tokey kedai, tokey kedai pun geleng kepala tengok. Tapi nasib baik ada kakak ipar aku, kalau tak memang tak dapat lah murah semurah murahnya. Heee..

DANU TOBA (TOMOK)

And then masa ke Onarunggu, kampung my dad (Tampubolon), Masa ni kami ada urusan keluarga, tapi dalam sibuk-sibuk urusan keluarga tuh, sempat lagi kami curi masa ke ladang nanas kampung my dad. FYI, ladang nanas ni kira hak milik orang kampung, siapa yang rajin boleh tanam nanas dan jual. Well, at least that is what my mom explained to me.

ONARUNGGU MEDAN INDONESIA
Masa ni otw to Onarunggu rasanya..
huhu..aku pun dah lupa. lambat sangat update blog. kahkah.. -_-

ONARUNGGU MEDAN INDONESIA

ONARUNGGU MEDAN INDONESIA

ONARUNGGU MEDAN INDONESIA

ONARUNGGU MEDAN INDONESIA

uhh finally ada satu gambar aku di situ. Muka comot dan tak mandi tak sesuai untuk tontonan umum. kah.

Nampak saja macam panas di situ, tapi sejuk yang amat. Macam mana entah adik aku boleh tahan dengan seluar pendek dia tuh dalam cuaca macam tuh. Menggigil jugak lah aku masa ni. Sejuk dia macam kat cameron highland gitu lah.

ONARUNGGU MEDAN INDONESIA
hasil kami menuai..kahkah.
apesal tetiba terliur ni -__-
gulpp..

ONARUNGGU MEDAN INDONESIA

Yeap..that's my sister standing there asking me to take her picture when my cousin (left) is having a serious conversation with someone.
And to the right there is my grandparents graves.
That house is where my dad grow up..
FYI, most of the graves are located near to their own house

Rasa macam nak ke Medan lagi tahun hadapan. Mom said kali ni kita pergi lebih ramai. And then kali ni, tak ada urusan keluarga, semua just untuk enjoy. Ok mom! Saya yang menurut perintah.. (menurut perintah maksudnya kena simpan wang mulai sekarang T__T)

Ok, that's all for now..till then peeps !

Thursday, November 19, 2015

Memory in Medan Indonesia - Drinks !!

Hello there,

Satu benda yang aku paling senang nak ingat masa kat Medan dulu, air minuman di Medan.

Kalau kat sini air alpukat (Avocado) mahalnya mencecah RM7 - RM9, kat sana hanya RM3 - RM5 sahaja. Rasanya yang lemak-lemak tuh memang sedap, lagi-lagi tambah dengan coklat, nyum.. hurrrr craving dah ni. -__-||

So, setiap hari lah kalau aku ke restoran di Medan, order air confirm air alpukat. haha.


Air Alpukat (Avocado)

Satu hari tuh aku dan adik aku jalan-jalan lah ke Carefour di Medan, kerja kami berdua cari air minuman yang tak pernah kami jumpa di Malaysia. kahkahkah.

So, jumpa lah macam-macam. Murah pun murah bagi kami yang duk Malaysia ni. Tak taulah sekarang rasa murah lagi tak, tapi masa pergi bulan 5 tuh masih ok lagi matawang Malaysia. Heee...

Haha, tak ada kerja kita cari kerja. Dah alang-alang datang ke Medan, cari lah apa yang kami tak pernah lagi jumpa.

Aje Big Cola Indonesia
Ada AJE BIG Cola
Masa jumpa botol air ni, punya excited terjerit-jerit "woiiii bapak arrrr BESAR!!"
aku pun tak faham kenapa kena sebut "bapak" -_-

Teh Kotak
ada teh kotak, alaaah comel sangat

Teh Gelas
Teh gelas pun ada
Korang bukak kotak tuh nanti, dalam dia ada air teh dalam gelas.
Eh..
taklah, tipu je. Air teh kotak biasa je pun. hehe

Teh Botol
Teh Botol..biasa jumpa yang dalam botol punya
tapi yang ni versi dalam plastik tiub macam ni

Air Badak
Air badak kat sana rasa sarsi..huhu

Sebenarnya banyak lagi yang tak sempat nak explore masa tuh. Mungkin lepas ni kalau ke Medan lagi, aku dan adik aku kena luangkan satu hari datang ke pasaraya Carefour hanya untuk ambik gambar minuman dan makanan sahaja. hahahaha.

But but..air alpukat is still my favorite. Sangat recommended kalau datang Medan. Boleh dikatakan, hampir semua kedai makan/restoran ada jual air alpukat dan teh botol. Buah alpukat pun murah ya ampuuuuuun. Kat Malaysia RM4 satu biji, kat sana ikut kilo seingat aku, kalau aku congak tambah tolak, dalam 80sen je sebiji. Sebelum balik ke Malaysia hari tuh, kami sempat beli satu kotak buah Alpukat. Main redah je bawak ke airport, tak tau lepas ke tak, tapi Alhamdulillah lepas. haha.

Ok..that's all for now. Bye peeps !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...